Management Science and Technology College (MSTC) (L02963) telah mendapat pengiktirafan dan kelulusan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK), Kementerian Sumber Manusia untuk menawarkan program dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), berfokuskan pengurusan, sains dan teknologi.
MSTC komited melahirkan tenaga profesional yang berkemahiran tinggi, inovatif dan bersedia memenuhi keperluan industri melalui pendekatan pembelajaran praktikal yang menggabungkan teori dengan aplikasi dunia sebenar.
Di MSTC kami turut menawarkan latihan yang diiktiraf oleh Human Resource Development Corporation (HRD Corp) serta perkhidmatan konsultansi profesional bagi meningkatkan kompetensi tenaga kerja dan prestasi organisasi. Dengan kerjasama strategik bersama rakan industri serta komitmen terhadap penambahbaikan berterusan, MSTC berusaha menjadi institusi terkemuka dalam pendidikan, latihan dan konsultansi.

Menerajui kecemerlangan TVET dalam melahirkan tenaga mahir beretika, kompeten dan inovatif untuk industri masa hadapan.
Kami berkomitmen untuk terus meningkatkan kualiti pendidikan dan latihan, memastikan setiap pelatih mendapat pengalaman pembelajaran yang bermakna dan dapat diaplikasikan dalam kerjaya mereka.
Jangan tunggu lagi. Ambil langkah pertama menuju kerjaya yang lebih cemerlang bersama MSTC. Pendaftaran terbuka sepanjang tahun.